50 fAKTA mENARIK mENGENAI ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya
dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri
dan ummah,InsyaAllah..
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial
dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita
tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi
orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini
hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan
manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA
PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA
DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.
4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan
yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu
menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju
dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi
dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita
boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New
York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam
berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA
TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL
BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah
mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA
TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH
TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.
14.
Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah
banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh
itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia.
Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan
saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena
kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri
melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA
BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU
KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat
keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada
kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan
untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan
kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN
KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya
lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan
perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan
diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya
semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan
orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed
Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam
ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG
ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk
saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat
yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak
tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta
atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang
menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih
takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak
hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU
BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita
buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana
hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU
SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .
26.
(perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah,
lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu
saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27.
Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila
pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan
dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran
yang perlukan bantuan
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke
Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI
SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada
kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN
PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG
ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit
masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT
KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA
SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab
ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada
lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya
tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada
cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle
ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang
saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa
orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa
pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena
tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada
sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN
ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA
BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS
ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD
DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .
39.TUHAN MEMBERI PELUANG
KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya
usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain
terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak
usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan
psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita
kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa
pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL
JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya
takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya
buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu
beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak
ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46.
Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup
mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat
banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT
LANGSUNG.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau
kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai
boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang
ramai boleh pakai.
48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU
ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu
bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat
saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih
tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa
saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan
ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN
Alan MAA Takaful
Wednesday, 18 April 2012
Monday, 16 April 2012
Cara Mempromosikan Produk Insurans/Takaful
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Rasanya kerap jugak saya perhatikan ada sebahagian pelawat yang berkunjung ke blog sabreehussin dot com ini disebabkan ingin mengetahui cara-cara dan strategi mempromosikan produk insurans dan takaful.
Setahu saya, belum pernah lagi saya menulis artikel mengenai cara-cara menjual insurans dan takaful dalam blog ini. Mungkin sebab sebelum ini saya pernah menulis beberapa artikel mengenai insurans dan takaful, jadi ada pengunjung yang singgah ke blog ini untuk mengetahui serba sedikit mengenai kedua-dua instrumen kewangan yang saya sebutkan itu tadi.
Setakat sekarang ni, ada empat artikel yang pernah saya siarkan dalam blog ini yang ada kena mengena dengan produk insurans dan takaful, iaitu
1. Kebaikkan Membeli Polisi Insurance
2. Kerjaya Insurance Agent, Sesuaikah Untuk Anda?
3. Abang… Mari Bang Dengar Pasal Takaful Sekejap
4. Apa Hukum Bagi Orang Islam Bekerja Dalam Syarikat Insurance?
Buat masa ni memang baru sedikit yang sempat saya kupas mengenai insurans atau takaful… Nak buat macam mana, bahan untuk saya gunakan sebagai sumber rujukan pun masih lagi terhad, jadi saya tulis lain kali je la ya.
Dalam catatan pada kali ini, saya hanya ingin kongsikan serba sedikit buah fikiran tentang strategi dan cara-cara menjual insurans dan takaful. Ini merupakan himpunan idea semata-mata, mana-mana yang sesuai boleh digunakan, dan sekiranya idea ini tidak berjaya untuk dilaksanakan, tolong jangan salahkan saya.
Sebaik-baiknya dapatkan juga nasihat pakar tentang bagaimana cara yang paling bagus untuk memasarkan produk insurans dan juga takaful.
Apa yang bakal saya kongsikan dalam ruangan ini adalah cara-cara menjual polisi insurans dan takaful cara saya. Sekiranya anda berminat nak tahu jugak bagaimana cara yang bakal saya cadangkan, boleh teruskan pembacaan.

image : myvitrd.com
1. Fahami Konsep & Produk
Pertama sekali, sebaik-baiknya sebagai agent insurans, kita kena pastikan apa yang kita cuba nak jual. Kita nak jual polisi insurans/takaful. Jadi kena fahamlah bagaimana insurans/takaful ini berfungsi.2. Ambil Berat Sensitiviti Prospek
Sekarang ini ramai yang dah mula sedar dan saling membanding-bandingkan antara kontrak insurans dan juga takaful. Mereka yang faham sistem kewangan Islam, maka mereka dapat bezakan mana satu yang halal dan mana satu yang haram.Jangan sesekali kita persoalkan kenapa mereka ada mentaliti yang sedemikian rupa, sebabnya aspek halal dan haram sangat bersangkut rapat dengan nilai-nilai keagamaan yang mereka imani. Memang ia akan menjejaskan skop dan sasaran pelanggan kita, tapi ini bukan satu sebab untuk kita berdebat dengan prospek.
Ringkasnya, kalau kita jual insurans fokuslah dekat orang-orang yang bukan Islam, manakala kalau kita jual takaful berikan pula fokus kepada mereka yang beragama Islam.
Memang ada orang Islam yang tak peduli dengan halal/haram produk insurans, tapi jangan pukul rata. Bukan semua orang Islam jahil macam tu. Jadi sila promosikan produk anda hanya kepada prospek yang bersesuaian sahaja.
3. Apa Keistimewaan Produk Insurans/Takaful?
Sebagai jurujual insurans, kita perlu ada kemampuan untuk menjawab persoalan sepertiApakah keistimewaan insurans/takaful dan mengapa orang ramai patut beli polisi insurans/takaful?Dalam pasaran, terdapat beberapa instrumen dan produk kewangan yang memiliki fungsi dan karekteristik tertentu.
Cuba bayangkan, seorang pelanggan dengan sumber kewangan yang terhad dan memiliki option untuk beli lain-lain produk kewangan, tiba-tiba kita nak pancing dia untuk beli polisi insurans/takaful dari kita, kita mesti mampu untuk menerangkan pada dia apa keistimewaan produk insurans/takaful. Just in case kalau mereka masih lagi tak tau.
4. Ceritakan Juga Kelemahan Insurans/Takaful
Tak ada satu pun produk kewangan yang perfect.Ambil contoh unit trust, ada masa-masanya nilai pelaburan dalam unit trust juga akan jatuh. Begitu juga pelaburan dalam saham, forex, emas, perak dan lain-lain komoditi.
Daripada kita asyik ceritakan sesuatu yang baik kepada prospek apa kata sesekali kita ceritakan juga apa kelemahan produk insurans/takaful. Tetapi make sure cerita mengenai kelebihan mesti lebih banyak berbanding cerita pasal kelemahan.
Contohnya, kelemahan insurans/takaful ialah duit yang dibayar untuk tujuan caruman ini kita tak boleh nak keluarkan duit tu. Ini kelemahan.
Akan tetapi dari kelemahan ini, kita boleh twists ia menjadi satu kebaikkan, contohnya kita katakan disebabkan kita tak boleh nak keluarkan duit yang dibayar, maka ia sangat bagus untuk latih kita dan mendisiplinkan diri kita untuk menyimpan untuk kegunaan masa akan datang.
Kesimpulannya, bila kita ceritakan mengenai kelemahan produk, pada masa yang sama kita ceritakan jugak bagaimana kelemahan yang terdapat pada produk tu boleh kita jadikan ia sebagai satu kelebihan yang pada akhirnya akan memihak kepada prospek. Boleh dapat?
Kenapa kita patut ceritakan serba sedikit kelemahan produk yang kita pasarkan?
Sebabnya ialah kita nak prospek kita tahu yang kita mencadangkan sesuatu produk bukan semata-mata sebab kita cuma berminat nak dapatkan duit dia semata-mata… akan tetapi kita nak berkhidmat kepada prospek kita tu tadi.
Sebenarnya tak ada masalah pun kalau kita tak nak ceritakan kelemahan produk yang kita promosikan, sebabnya bila prospek kita tu balik nanti dia tetap akan buat personal reasearch dan dapatkan sendiri maklumat-maklumat yang berkaitan.
Akan tetapi, kalau semua maklumat kita dah ‘suapkan’ pada prospek, iaitu maklumat seperti kelebihan dan kekurangan, ini akan sedikit sebanyak membuatkan prospek malas nak buat additional research. Kalau prospek still tak nak beli, bukan bermakna dia tak minat… mungkin sebab dia memang betul-betul tak ada duit sekarang ni. Jadi jangan buat andaian sendiri.
5. Menerang, Jangan Menyerang
Menerang dan menyerang… bunyi pun dah dekat-dekat nak sama. Tapi maksud dia sama sekali berbeza.Apa salahnya kalau nak jual insurans/takaful ini kita gunakan bahasa yang elok-elok. Terangkan baik-baik, sebab bukan semua orang kita boleh approach dengan cara yang aggressive. Ada setengah orang kita kena cakap dengan dia elok-elok dan terangkan baik-baik. Kalau dah memang rezeki kita, insya Allah dia akan beli polisi dengan kita. Sabar lah.
Macam mana orang menyerang dalam proses jual beli insurans/takaful?
Cara dia macam ni la… agent insurans/takaful ini kata nak terangkan pasal satu produk kewangan yang baik dekat kita.
Tiba-tiba dia bukak satu cerita yang menakutkan kita. Contohnya dia katalah
Macam mana keadaannya kalau satu hari kita mati, siapa yang nak jaga family kita?
Kalau kita jadi cacat esok macam mana kita nak teruskan hidup?
Kalau tiba-tiba kita kena serangan penyakit kronik macam mana kita nak bayar? Siapa nak tanggung bil hospital?
Kalau kita accident kemudian ada bahagian atau anggota badan yang kena potong, siapa nak cover ganti rugi anggota badan yang hilang tu?
Soalan-soalan yang seumpama dekat atas itu lah..
Personally, saya meluat dengan soalan-soalan macam tu. Dah macam dia ni nak jadi tukang ramal masa depan kita pulak.
Kalau saya dengar persoalan-persoalan yang seumpama dengannya, saya sendiri akan mengambil pendekatan untuk bersikap defensive. Saya akan tamatkan perbualan dan walk away. Saya tak berminat nak teruskan perbincangan mengenai produk yang nampaknya bawa sial kepada duit dalam poket seluar saya.
Realitinya dalam masa sekarang ni, di zaman semua harga barang dah jadi sangat mahal, perbincangan mengenai duit bukanlah satu perbincangan yang menyeronokkan, tiba-tiba kita nak sogok prospek kita dan ugut dengan benda-benda sial seperti kematian, kecacatan, dan penyakit kronik.
Kalau anda di pihak prospek, dengan keadaan belanja yang kadang cukup kadang tak cukup.. apa yang anda akan rasa? Seronok? Gembira? Teruja? Sepatutnya produk insurans/takaful ini akan memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa, akan tetapi kalau kita gunakan pendekatan yang salah.. produk ini akan jadi penyebab orang sakit jiwa. Stress jadinya.
6. Faktor Personal
Ini adalah faktor dalaman.Berkenaan dengan diri kita sendiri sebagai seorang penjual. Adakah kita memiliki skil untuk bercakap dengan semua lapisan masyarakat tanpa ada sikap prejudis. Kalau kita bercakap dengan orang tua, kita bercakap hal-hal yang bersesuaian dengan usia dan pemahaman orang tu.
Kalau kita nak close orang muda, mampukah kita ikut rentak orang muda tu tadi. Mudahnya ini adalah kemampuan kita untuk berkomunikasi dengan semua peringkat usia.
Selain cara komunikasi, perlu jugak dititikberatkan hal-hal seperti cara penampilan dan personaliti kita.
7. Beri Rebate
Saya rasa ini adalah teknik biasa yang diamalkan oleh kebanyakkan agent.Kita beri rebate kepada pelanggan kita. Contohnya rebate 10% atau beri diskaun 10%.
Sebenarnya bukannya rebate sangat pun, lebih kepada kita bagi sebahagian daripada komisyen yang kita dapat tu kepada pelanggan kita. Kelemahannya ialah ia akan mengurangkan komisyen yang kita dapat. Tak boleh amalkan selalu.
8. Tawarkan Prospek Sesuatu Yang Unik
Sesuatu yang unik ini adalah sesuatu yang hanya anda boleh beri. Agent lain tak mampu nak beri. Apa bendanya?Boleh jadi cara kita melayan pelanggan, cara kita beri khidmat nasihat professional kepada pelanggan, dan apa-apa sahaja yang hanya anda boleh beri. Apa lagi? Fikir sendiri… mesti ada kelebihan yang ada pada anda yang hanya anda seorang je yang tahu.
Jadi gunakan ia dengan sebaik-baiknya.
9. Bagaimana Cara Kita Approach Prospek
Seperti yang pernah saya tuliskan dalam artikel saya yang lepas bertajuk kebaikkan membeli polisi insurans, prospek kita ni bukan berminat sangat nak beli insurans. Sebab mereka tak perlukan insurans.Apa yang mereka perlukan sebenarnya adalah benda lain. Contohnya pakej haji dan umrah, pakej pendidikan, medical card, pelan persaraan dan lain-lain lagi pakej yang pada namanya langsung tak ada kena mengena dengan insurans/takaful.
Dengan sedikit kreativiti, kita boleh jual dan promosi insurans tanpa menyebut nama insurans/takaful walaupun sekali kepada prospek.
10. Buat Jangan Tak Buat
Saya dah beri beberapa tips yang mampu saya beri.Saya percaya branch manager anda pun dah penat berikan anda training untuk latih anda bagaimana nak jual insurans/takaful.
Boleh jadi anda jugak dah banyak sangat baca mengenai cara-cara menjual insurans dan takaful, tetapi sampai sekarang masih lagi belum menampakkan hasilnya. Apa sebabnya?
Saya pun tak tau. Jangan tanya pada saya.
Kalau anda tak pernah mulakan lagi langkah untuk menjual dan mempromosikan insurans/takaful… boleh jadi itulah sebab utama dia.
Selamat mencuba dan semoga artikel ini beri sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca sekalian.
Baca Juga : Bagaimana Menjual Produk Tanpa Menyakitkan Hati Pelanggan
Sunday, 15 April 2012
Dear all...
Today's "vitamin"...
Takaful Industry has Right Ingredients to Grow
Malaysia’s takaful insurance industry still has plenty of room for growth due to several factors including a low penetration rate despite a pre-dominant Muslim population. The takaful penetration rate in 2010 was between 10% and 11% compared to conventional insurance, which was reported to be close to 43%.
...See more
Today's "vitamin"...
Takaful Industry has Right Ingredients to Grow
Malaysia’s takaful insurance industry still has plenty of room for growth due to several factors including a low penetration rate despite a pre-dominant Muslim population. The takaful penetration rate in 2010 was between 10% and 11% compared to conventional insurance, which was reported to be close to 43%.
...See more
Subscribe to:
Posts (Atom)